Saturday, October 23, 2010

gaza Bumi Yang Dirahmati

Hari ketiga di Gaza, saya melihat keberkatan dan kerahmatan Allah untuk penduduk Gaza dan umat Islam sedunia yang menyokong dan membantu perjuangan memerdekakan Palestin dari penjajah haram rejim Zionis Israel yang kejam.

Sesungguhnya Bumi ini memberi peluang kepada sesiapa yang ingin beramal, bermujahadah dan berjihad kerana Allah.
Ya Allah kurniakan kerahmatan dan kebaikkan untuk aku, keluarga ku, sanak saudaraku, jiran-jrianku, rakan seorganisasi ku, kepimpinan dan ahli-ahli Aqsa As-Syarif, IKRAM, koperasi muslimin, STAIL, SMART dan sekolah-sekolah-sekolah, institusi-institusi Islam di Malaysia seluruhnya dan seluruh dunia. Lembutkan hati-hati kami semua ya Allah untuk terus menyumbang kepada pembebasan bumi Masjidil Aqsa Yang Mulia. Amin...!
GAZA CITY 24 OKT 2010

Saturday, March 27, 2010

Bertambah Meriah di PIBG Lokaliti Pulai1




Alhamdlillah sebagaimana dirancng, usrah PIBG Hidayah Lokaliti Pulai 1 berjalan 2 minggu sekali dan pada hujung minggu itu juga di adakan riadah keluarga bersama anak-anak masing-masing.

Usrah minggu ini (Selasa 23/3/10, 9.0mlm) dimulai dengan bacaan surah awal Al-Baqarah, dan bersama-sama meneliti kitab Ihya' Ulumuddin dengan tajuk Kepentingan dan kebaikan menuntut Ilmu.

Pagi ini (Ahad), tepat jam 8.00 pagi, HP saya berdering ... Hello ... rupa-rupanya PM Ainol Lutfi dan keluarga dah menunggu di Central Park. Kami bergegas bersama keluarga dan Alhamdulillah ramai dah bersedia, foldable meja dengan beberapa tupperware dan teh panas sudah tersedia ... tapi... majlis dimulai dengan 'stretching' dulu....! Istimewanya, ia diketuai oleh Pak Abu yang datang dengan tongkat 'istimewa' nya.


Adik Aqil Salehuddin dari Jln 6 Pulai Perdana, kelihatan datang dengan berlegar-legar, menari-nari di 'central open theatre' dengan 'pilatus-board' di kaki. Sungguh kelihatan mudah dia melakukannya.... menjadi perhatian pakcik, makcik dan anak-anak yang datang.

Beberapa ketika selepas stretching di satu penjuru anak-anak bermain tenis padang, di penjuru yang lain para ibu bermain badminton bersama anak-anak remaja. Para bapa bersama anak-anak remaja laki-laki 'struggle' menimbang bola takraw dengan pekikkan ..."satu...dua... Allah...!?" ...tak mampu menimbang takraw tu... kerana pakai selipar datang riadah!?

Alhamdulillah, masing-masing dapatlah mengeluarkan peluh. Selepas lebih kurang sejam ... masing-masing mencari sarapan yang tersedia... para ibu tak tahulah sembang apa...?, para bapa ... huh... hebat... (macam biaslah). Topik paling hangat ialah isu global warming, tenaga elaktrik, arang batu dan pencemaran... projek tanjung bin, hydro elektrik... empangan kenyir, banding, bakun ...dan lain-lain.... itu projek juta-juta tu...!! maklumlah yang datang pun mereka yang pelbagai kepakaran dan kerjaya ... ITULAH NIKMATNYA RIADAH PIBGHIDAYAH LOKALITI ... BERSANTAI SAMBIL BERTAARUF - MEMBINA UKHUWWAH MEMPERKASA PENDIDIKAN ANAK-ANAK.
.... 2 minggu akan datang 11 APRIL 2010, 8.00PAGI, Insya Allah, Riadah dalam bentuk Khidmat Komuniti Di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana - Membersih Masjid dan Kawasan Sekitar. Jom ramai-ramai bawa seisi keluarga ... termasuk jemput-jemput dan sandwich.. kita beriadah, bersantai sambil beramal di hujung minggu melapangkan fikiran, menyihatkan badan.

Wassalam.



Thursday, March 18, 2010

HIDAYAH CEMERLANG ..!!



Terharu dan gembira di atas pencapaianmu oh Hidayah... Lega dihati para MURABBI yang tak jemu berusaha dan meminta pada Ilahi. Jom ayah Ibu, anak-anak dan para guru... raikan kejayaan Hidayah ini dengan Syukur, Zikir dan Mohon Keampunan dari Ilahi Rabbul Izzati (An-Nasr 1-3).


Perjalanan kita masih jauh. Ramai lagi ummat masih berada jauh dari cahaya Ilahi .... masih leka dan asyik dengan duniawi yang cuma secebis.


Jadikan kejayaanmu hai anak... untuk mengabdi pada Ilahi .... Mempersiap diri terus memperkasa misi ...mencapai visi. Menyelamat ummah agar mereka kembali mengabdi pada Ilahi.

10 teratas, Sekolah-sekolah di Daerah Johor Bahru (GPS)

1. Sekolah Tun Fatimah, STF 1.29 (no. 4 peringkat kebangsaan)

2. SMK Infant Jesus Convent 1.40 (no. 9 peringkat kebangsaan)

3. SMK Sultan Ismail, SIS 2.21

4. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24

5. SMK Mohd Khalid (20 pelajar) 2.35

6. SM Teknik J.B. 2.65

7. SMK(P) Sultan Ibrahim, SIGS 2.72

8. SMKA Johor Bahru 2.94

9. Maktab Sultan Abu Bakar, EC 3.71

10.SMV Azizah 3.72


5 teratas, Sekolah-sekolah Agama Negeri JOHOR. (Nilai GPS)

1. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24

2. SMKA Maahad, Muar. 2.88

3. SMKA Johor Bahru 2.94

4. SMKA Segamat 3.16

5. SMKA Kerajaan Johor, Kluang 3.38


Jazakumullahukhairan ... semua MURABBI. Jom ibu bapa terus perkasakan Hidayah. Terus kecimpungkan diri pada aktiviti PIBG. Demi mencapai Misi Yang Suci. Bukan Duniawi Yang Kurang Bererti.

Monday, March 15, 2010

Riadah PIBG Hidayah Lokaliti di Central Park Pulai Perdana











Alhamdulillah untuk julung kalinya PIBG Lokaliti Pulai 1 berjaya mengadakan program riadah dan bersantai. En Mohd Za'i sebagai penyelaras program benar-benar bersedia dengan macam-macam peralatan termasuk 'foldable table' untuk meletakkan nasi lemak, jemput- jemput, mee goreng, nascafe .... dan lain-lain.

Sementara anak-anak bermain badminton, tennis, roller-skate, basikal di dataran simin, emak melayan si kecil di padang permainan. Beberapa orang ibu pula duduk bersembang sambil menyediakan juadah 'potluck' yang dibawa masing-masing.

Lihatlah beberapa aksi para ibu dan anak-anak bermain badminton dan tennis, serta roller skate..... Suasana nyaman pagi yang cerah, dengan kicauan burung... menyegarkan minda, merapatkan ukhuwwah. Rugi siapa yang tak datang...!

OK ... Insya Allah dua minggu lagi kita akan anjurkan lagi ... iaitu pada 28 Mac 2010 (Ahad) jam 8.00am.

Wednesday, March 10, 2010

Riadah & Pot-luck Ahad ini di Central Park Pulai Perdana



Assalamualaikum
Ibu Bapa khususnya di Pulai 1 & 2 (merangkumi kawasan Jln Pontian) dijemput ke Program Riadah PIBG Lokaliti Pulai pada;

Ahad: 14 Mac 2010, Jam 8.30 - 9.30 pagi.
Tempat: Central Park, Tmn Sri Pulai Perdana.
Penyertaan: Semua Ibu Bapa dan anak-anak SRIH & SMIH

Acara: Stretching, timbang bola raga, anak-anak berbasikal, sembang-sembang dll.
Sila bawa sarapan ringan masing-masing.

Ketua Program: Mohd Za'i (019-7903288)

JOM RAMAI-RAMAI DATANG....

Sekian dimaklumkan.
Penyelaras PIBG Lokaliti Pulai 1

Tuesday, March 9, 2010

Asas Pendidikan Luqman Al-Hakim (Usrah Lokaliti Pulai 1: 9/3/2010)


PENYANPAIAN 1: Alhamdulillah, sebagaimana yang dimaklumkan kepada ibu bapa, Ustaz Khairul Anuar telah membentangkan tajuk berkaitan pendidikan anak-anak melalui pendekatan Luqman al-Hakim. Tiga (3) asas utama pendidikan Luqman Al-Hakim sebagaimana di dalam Surah Luqman, iait
u Asas Aqidah, Asas Ibadah dan Asas Akhlak. Iaitu berasaskan beberapa Ayat dari surah Luqman ayat 13 hingga 19.

Asas pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah asas Aqidah iaitu agar jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!

Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!

Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud: "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Asas ke dua (2) di dalam pendidikan Luqman ialah asas Ibadah. Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul). Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat /

bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Asas ke 3 iaitu Asas Akhlak. Akhlak yang utama bagi mukmin adalah berhubung dengan anjuran berterima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud: "Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. B

ersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

Luqman juga menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya di dengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan. Diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"

Begitu juga melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan besederhanalah dalam berjalan"

(rujukan juga dibuat di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/wasiatluqman.htm)


PENYANPAIAN 2: ...dari Buku Ringkasan Ihya' ulumuddin, iaitu sambungan perjumpaan yang lalu. Membincangkan bahawa kepentingan kita menuntut dan memiliki ilmu, khususnya ilmu Islam. Diumpamakan seperti seorang yang sakit dan ditegah makan, minum dan memakan ubat akan memberi kesan buruk dan boleh memudaratkan orang itu. Begitu juga dengan ilmu, ia adalah makan bagi hati kita. Tanpa ilmu, hati kita akan sakit dan boleh mati. Sabda Rasulullah saw: "Manusia itu memiliki sifat mudah terlena, manakala ajal (kematian) telah mendatanginya, maka barulah ia menyedarinya" (Hadith Riwayat Abu Nu'aim).

Mengenai kebaikkan datang dan berkumpul untuk menuntut ilmu, Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya para malaikat bersama-sama merebahkan sayapnya kepada penuntut ilmu, kerana ridha terhadap apa yang dilakukannya" (Hadith Sahih Riwayat tarmidzi, Ibn Majah dll). ... (insya Allah bersambung dlm perjumpaan 2 minggu akan datang)


PERBINCANGAN: Beberapa perkara dikemukan para bapa yang hadir dan dibincangkan bersama. Antaranya ialah "Kemenangan Pasukan Bola Sepak SMIH". Tahniah kepada para murabbi, pembimbing,

jurulatih dan semua murid yang terlibat. Ibu bapa yang hadir begitu syahdu dan bersyukur kerana akhlak anak-anak yang dipamerkan di atas padang. Memulakan permainan dengan do'a dan bermain bersungguh-sunguh kerana Allah dan bermain dengan konsep "amal jama'i". Kemudian secara sepontan bersujud syukur apabila dapat memasukkan bola di gol lawan. Tentunya ianya adlah hasil tarbiyah yang anak-anak lalui di Hidayah disamping bimb

ingan ibu bapa. Bapa yang hadir menyatakan bahawa itu adalah suatu bentuk dakwah kepada masyarakat di padang permainan.

Tahniah juga kerana melaksanakan tradisi pejuang Islam kepada pasukan bola sepak SMIH yang mengadakan QIYAM di malam sebelum perlawanan. Itulah tradisi/budaya Islam yang diamalkan para tentera Islam sehingga Islam tersebar dengan pertolongan Allah. Bukan senang sebenarnya Allah nak beri kemenagan kepada pasukan SMIH kerana dalam pasukan lawan, terdapat beberapa pemain negeri dan ada yang di tingkatan enam (berpengalaman). Alhamdulillah ... Allahu akbar...! [Gambar Jurulatih, Guru Pembimbing & beberapa pemain SMIH sebelum permanan bermula]

Saturday, March 6, 2010

Usrah Lokaliti Pulai 9 Mac 2010 (Selasa)


2 minggu sudah berlalu... Insya Allah hari ini pada 9 Mac 2010 lepas Solat Isya di Masjid Pulai Perdana ...para bapa SRIH & SMIH dijemput menghadirkan diri ke Usrah & Muzakarah lokaliti PIBG Pulai 1 (Pulai Perdana, Sri Pulai dan Tmn Teratai. Bolehlah kita yang hadir bincang isu-isu pendidikan anak dan isu-isu Hidayah.
Minggu ini ada topik Menarik "Pendidikan Islam Luqman Al-Hakim" yang akan disampaikan oleh Y Bhg. Ust Anuar (bapa pelajar Hidayah) dan Tajuk "Iman Wl-hayah" yang akan disampaikan oleh En Sazali (bapa pelajar Hidayah).


... jika boleh disusun masa ... lapangkan masa antara Maghrib hingga Isya' di masjid yang sama ada Kuliah Hadith oleh Dr. Ustaz Azhar ... dari kitab Hadith Imam Nawawi.

Thursday, February 25, 2010

Usrah Lokaliti Pulai 23 Feb Menarik

Pengisian Pertama: Keutamaan Ilmu & Belajar (Ihya' Ulumuddin).
Tajuk ini mengenengahkan sedutan dari ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW mengenai ketinggian ilmu dan ulama'-ulama' dalam Islam.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (bermaksud): "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat" (Al-Mujadalah:11)

Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu berkata: “(Kedudukan) ulama berada di atas orang-orang yang beriman sampai 100 derajat, jarak antara satu derajat dengan yang lain seratus tahun.” (Tadzkiratus Sami’, hal. 27)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (bermaksud): “Katakan (wahai Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapatkan kebaikan, maka Allah akan mengajarkannya ilmu agama.”

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: “Hadits ini menunjukkan, barangsiapa yang tidak dijadikan Allah faqih dalam agama-Nya, menunjukkan bahwa Allah tidak mengijinkan kepadanya kebaikan.” (Miftah Dar As-Sa’adah, 1/246)

“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu 'anhu)

"Mereka yang paling dekat dengan darjat kenabian ialah para ulama' dan para pejuang Allah. Adapun para ulama', disebabkan mereka telah bersungguh-sungguh menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para Rasul. Sedangkan para pejuang di jalan Allah, mereka telah berjihad menggunakan pedang-pedang mereka demi menegakkan apa yang dibawa oleh para Rasul (Hadith Sahih dalam kitab al-Mughni 'an Hamli al-Asfar).

Di dalam perbincangan, diketengahkan oleh ahli yang hadir bahawa Ulama' itu mesti mempunyai 4 sifat iaitu; (a) Memiliki Ilmu; (b) Menagmalkan Ilmu yang dimiliki; (c) Menyampaikan ilmu yang di miliki; (d) Mempertahankan ilmu tersebut.

.... Insya Allah perbincangan lanjut dalam topik yang menarik ini disambung pada 9 Mac 2010.


IMAN DAN KEHIDUPAN

Bahagian kedua perbincangan minggu ini dipetik dari buku karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk Iman dan Kehidupan (Al-Iman wal Hayyah)

Mengikut Dr Yusuf, Iman menurut pengertian yang sesungguhnya ialah suatu kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup,tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Jadi, iman itu BUKANLAH sekadar perbuatan semata-mata, dan bukan pula hanya merupkan pengetahuan tentang rukun iman.

Menurut Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi: Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan lidahnya, bahawa dia orang beriman (mukmin), kerana banyak orang-orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedang hatinya tidak percaya, sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah SWT;

"Dan diantara manusia itu ada yang mengatakan, "kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, sedang yang sebenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yang beriman, tetapi yang sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar." (Al-Baqarah: 8-9)

Iman itu bukan pula semata-mata mengerjakan amal dan syi'ar yang biasa dikerjakan oleh orang-orang beriman seperti Solat Jumaat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji, kerana banyak penipu-penipu besar yang pada lahirnya mengerjakan perbuatan yang soleh dan melakukan ibadat, sedangkan dalam hati mereka sebenarnya kosong dari pengikhlasan kepada Allah SWT, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah SWT;

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah, dan Allah menipu mereka. Apabila mereka berdiri mengerjakan sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka ria (mengambil muka) kepada manusia dan tiada mengingati Allah, melainkan sedikit sekali." (An-Nisa': 142)

Bukan pula iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana ramai orang yang mengetahui hakikat iman itu, padahal mereka tidak beriman, sepertimana golongan-golongan bijak dari Barat, yang mana mereka mengkaji tentang Islam dan Iman, tetapi hati mereka masih tidak beriman kepada Allah. Firman Allah SWT;

"Mereka menyangkal (membantah) keterangan-keterangan (agama) Allah kerana dengki dan sombong, padahal hati mereka sendiri meyakininya." (An-Naml: 14)

Maka diperlukan keimanan itu dapat diterima akal sampai kepada tingkat keyakinan yang teguh kuat tidak digoncangkan bimbang dan ragu, sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah SWT;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang beriman (percaya) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu." (Al-Hujurat: 15)

.... Insya Allah perbincangan lanjut dalam topik yang menarik ini disambung pada 9 Mac 2010.


Monday, February 22, 2010

SPPM - Di sini uniknya sistem pendidikan Musleh



Jika ditanyakan apakah keunikan sistem pendidikan di Hidayah atau di sekolah-sekolah rangkaian Musleh di seluruh negara ?

Kita harus tahu bahawa keunikkannya ialah adanya "Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH" (SPPM). SPPM adalah suatu sistem yang mentaksir pencapaian pelajar secara menyeluruh, meliputi semua aspek pembentukan insan sebagaimana yang tertera dalam Falsafah Pendidikan MUSLEH.

Kenapa Musleh perlu membangunkan sistem SPPM itu ? Jawapannya ialah sistem pendidikan ini memerlukan 'outcomes' yang diharapkan dapat memenuhi hasrat kenapa sekolah-sekolah dibawah rangkaian Musleh itu di wujudkan.... tentunya untuk melahirkan pelajar soleh/solehah wa-musleh.

MATLAMAT SPPM

Matlamat pelaksanaan SPPM adalah untuk membolehkan pelajar menghayati sepenuhnya hasrat dan maksud setiap konstruk sebagai amalan harian tanpa pengawasan.

SPPM digubal supaya dapat :

2.1. Mengukur tahap pencapaian pelajar.
2.2. Mengenal pasti sebab-sebab pelajar tidak mencapai tahap yang lebih baik.
2.3. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu pelajar mencapai piawai kriteria/ciri.
2.4. Mengukur usaha dan inisiatif pelajar (selain daripada pencapaian).
2.5. Mengenal pasti potensi pelajar.
2.6. Memberikan motivasi kepada pelajar menerusi maklumbalas perkembangan diri mereka dalam mencapai piawai kriteria/ciri.
2.7. Memudahcara proses pencapaian piawai kriteria/ciri pada kadar yang lebih cepat, lengkap dan menyeluruh.

.... bacaan lanjut sila layari di SINI.

Monday, February 15, 2010

Keutamaan Ilmu dan Belajar

Di dalam AL-Qur'an terdapat beberapa dalil mengenai keutaman ilmu. Antara lain firman Allah Ta'ala, (maksudnya)
"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat" (Al-Mujadalah: 11)

Ibnu Abbas r.a. pernah mengatakan "para ulama' itu memiliki sebanyak 700 tingkatan di atas darjat orang-orang mukmin di mana jarak antara darjat pertama dengan yang ke dua sejauh perjalanan 500 tahun.

Allah Ta'ala berfirman (maksudnya): "Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahuai dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?" (Az-Zumar:9).



... dipetik dari Ringkasan Ihya' - Ulumuddin Imam Ghazali, Penerbit Akbar, Jakarta Timur)

Wednesday, February 3, 2010

Ikrar Anak Di hadapan Ibu Bapa


Malam ni ketika saya sibuk di hadapan komputer, anak laki-laki saya datang membawa sebuah buku dan memohon saya mendengar ikrar. KU belek buku yang dibawa ... rupa-rupanya buku Konstruk SPPM (Sijil Pentaksiran Pelajar Musleh). Ikrar dibaca anak saya berbunyi ... "Bismillahirrahmanirrahim... Ibu bapa yang dikasihi... Saya faham dan insaf tentang kelebihan dan kelemahan diri saya, peranan serta tanggungjawab saya. Saya berikrar akan melaksanakan semua konstruk dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Oleh itu saya akan menjadi anak yang soleh, menghormati ibu bapa, membuat tugasan saya, menjadi pengawas, berdoa
untuk ibu bapa setiap hari (tulisan tangan) ... Ya Allah berilah aku kekuatan dan petunjuk untuk membaiki diriku ke arah yang lebih baik, wassalam."

T.tangan (Anak) dan Disaksikan oleh (Ayah).
Mulai malam ini, fahamlah saya bahawa anak-anak saya di SRIH akan mulai menjalani proses mengisi buku konstruk SPPM pada tahun ini. Sekali gus mereka sebenarnya sedang dididik dengan pelbagai kemahiran insaniah (soft skills) dan amalan-amalan seharian sebagai seorang ANAK MUSLIM. Solat, bacaan qur'an, mengemas bilik, berkomunikasi sesama keluarga ... sehinggalah menyidai tuala mandi... kesemuanya akan dinilai sebagai konstruk SPPM dan saya
akan memberi nilai mata (menanda) pada buku konstruk SPPM tersebut.
Bukan sekedar amalan yang harus datang dari kesedaran diri sendiri, jika anak-anak melakukan serta mengajak adik-beradik yang lain di dalam amalan di rumah, markah yag lebih tinggi akan diperolehi.

Inilah bentuk proses TARBIYAH yang diintegrasikan di dalam MANHAJ TARBIYAH SRIH.

Bagi saya inilah KEISTIMEWAAN dan KEUNIKAN menghantar anak-anak ke SRIH (dan rangkaian MUSLEH).

Alhamdulillah .... aku sedar, anak-anak laki-laki ku yang kini berumur 10 tahun itu telah MENCAPAI natijah hasil TARBIYAH di atas. Solat lima waktu bukan menjadi masalah lagi. Mereka tahu dan boleh melakukan tanpa disuruh lagi. Tentunya itulah hasil tarbiyah Hidayah semenjak umur mereka 7 tahun.

Peranan ku berusaha (dengan Izin Allah) mengawasi di rumah dan menjadi PELENGKAP kepada tarbiyah yang disediakan oleh Hidayah, memudahkan anak-anak menjadi anak-anak yang memiliki akhlak dan amalan Islam. Mudah-mudahan anak-anak ku akan terus Istiqamah. Mudah-mudahan semua anak-anak Hidayah juga berjaya di dalam menjadikan diri mereka para amilin dan pejuang kebenaran di bumi Allah ini.

Pengemblingan Guru & Ibu Bapa Di Dalam Mendidik Anak

Di peringkat Negara, pendidikan generasi muda sering mendapat perhatian dan peruntukan yang besar. Itu adalah kerana jika kepincangan dikalangan generasi muda berlaku, ianya akan melibatkan masalah kepada negara dan kos yang sangat besar pula diperukan untuk memperbaiki keadaan dan mengatasi masalah. Umpamanya masalah penagihan dadah di Malaysia kini dilaporkan terpaksa membelanjakan sejumlah RM1.3 bilion bagi tujuan menangani masalah dadah walaupun kerajaan dinyatakan masih gagal dalam usaha menanganinya (rujuk di sini).

Itu baru satu masalah negara, apa pula masalah-masalah lain seperti juvana, gejala sosial, kemaksiatan dan lain-lain – kesemuanya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan wang ringgit, tetapi curahan tenaga penguatkuasa dan prasarana berbilion ringgit pula.

Menu

rut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Bagi memastikan sesaorang itu baik dan soleh, sebenarnya bermula dengan keimanan sesaorang individu. Semenjak Nabi Ibrahim lagi, hal ini telah menjadi keperihatinan sebagaimana tertera di dalam do’a Nabi Ibrahim. Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk daripada golonganku, dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Ibrahim:35-36).

Pada ibu bapa yang diberi hidayah dan kesedaran serta peluang memasukan anak-anaknya ke sekolah-sekolah Islam, mereka akan mengambil peluang keemasan tersebut dan sangup mengorbankan sebahagian rezekinya untuk membayar yuran pendidikan di sekolah Islam swasta walaupun mempunyai pilihan untuk mendapatkan pendidikan di

sekolah kerajaan yang boleh dikatakan percuma. Ibu bapa tersebut tentunya menyedari hadith Rasulullah dan berusaha untuk memastikan anak-anak menjadi anak yang bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya); “Kanak-kanak itu dilahirkan suci murni, maka ibu dan ayahnyalah yang akan menjadikan ia Nssrani, Yahudi atau Majusi ataupun seorang yang tidak berpegang kepada sebarang agama hingga dia tidak yakin dan percaya akan wujudnya Tuhan itu”

Di sekolah yang mengutamakan dan menjadikan asas pendidikan Islam sebagai tunggak pendidikan, aspek keberkesanan pendidikan (tarbiyah) tidak dikompromikan walaupun disamping itu pelajaran akademik turut diajar. Sekolah Islam sebegini berpegang kepada Firman Allah (maksudnya); “Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari mengerjakan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa engkau. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah”. (Surah Luqman:17)

Kepada ibu bapa yang memilih sekolah Islam sebagaimana sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH di Malaysia (sebagai contoh), mereka sedar akan sabda Rasulullah SAW (maksudnya); “Satu dirham yang anda belanjakan di jalan Allah dan satu dirham yang anda keluarkan kepada kenderaan anda; dan satu dirham yang anda nafkahkan kepada anak-anak anda; antara semuanya itu sebaik-baik dirham itu ialah apa yang anda nafkahkan kepada anak anda.” (Maksud Hadith)

Pendidikan Islam anak-anak diperingkat rendah dan menengah sesungguhnya bukan suatu ‘pilihan’ sebaliknya ia adalah Amanah dan Kewajipan yang perlu ditunaikan oleh ibu bapa. Bayaran yuran dan keperluan memasukkan anak-anak di sekolah Islam swasta sememang memerlukan bayaran yang agak tinggi (namun tidaklah setinggi sekolah swasta lain). Tetapi jika kita meneliti pengorbanan ini di dalam perspektif perjuangan dan tanggungjawab ayah ibu, ia sebenarnya adalah pelaburan yang sangat tepat dan terpuji.

Kejayaan pendidikan anak-anak melalui pendekatan ini tidak cukup sekedar usaha disekolah dan para murabinya, tetapi perlu juga pengemblingan dan kerjasama ibu bapa sendiri. Tidak mungkin tercapai misi melahirkan anak-anak soleh/solehah jika di sekolah dididik dengan baik, tetapi di rumah anak-anak terbiar dan tidak mendapat bimbingan sebaiknya.

Ibu bapa mempunyai peranan ketika lepas sekolah dan di hujung minggu. Pendidikan di sekolah perlu di sambut oleh ibu bapa. Jika di sekolah ada kualiti Murabbi dikalangan guru-guru, di rumah pula ibu bapa perlu memiliki ciri-ciri pendidik (murabbi). Ibu bapa perlu menjadi qudwah (contoh) kepada anak-anak di dalam pecakapan, amalan dan akhlak.

Untuk itu, ibu bapa juga perlu memperolehi pengisian fikrah Islamiah (kefahaman Islam) yang sempurna. Sejajar dengan tuntutan yang semakin besar, ibu bapa perlu memahami konsep-konsep Islam yang mantap dan mendidik diri untuk meningkatkan kualiti iman dan amal yang sempurna agar dapat diikuti anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Kita sebenarnya adalah pendokong dan pemangkin kepada bakal lahirnya generasi baru seumpama ‘Umar Abdul Aziz’, ‘Salahuddin al-Ayubi’ dan ‘Hassan Al-Banna’ Insya Allah. Jika itu menjadi niat kita, sesungguhnya nilaian pengorbanan ini di sisi Allah sangatlah besar berbanding wang yang kita belanjakan untuk pendidikan anak-anak kita itu yang sebenarnya juga adalah datangnya dari Allah dan merupakan amanah Allah untuk kita belanjakan ditempat yang terbaik.

Tuesday, February 2, 2010

Perjumpaan ke 3 PIBG Hidayah Lokaliti Pulai 1



Assalamualaikum
Alhamdulillah, semalam, 2 Feb 2010 berlangsung perjumpaan ke 3 di masjid Tmn Sri Pulai Perdana. Makluman perjumapan ini telah diusahakan melalui sebaran e.mail mengunakan sistem infoblast tmnet kepada ibu bapa yang tinggal di T Sri Pulai, T Teratai dan T Sri Pulai Perdana.

Perbincangan perjumpaan minggu ini bertambah rancak selepas muqaddimah pengerusi, antaranya:-

1. PROJEK HENTIAN BAS TSPulaiPerdana: Untuk menampung keperluan pelajar menaiki bas di waktu pagi. Tiga lokasi perlu dikenalpasti dan bajet diperlukan sekitar RM10,000.00 Kini sumbangan RM2,500.00 sudah diperolehi dan perbincangan dengan MPJBT akan diusahakan. Tindakan lanjut diketuai oleh Pak Abu.

2. CADANGAN BERHUBUNGAN KEMUDAHAN/KESELAMATAN DI ASRAMA PELAJAR SMIH: Seorang waris pelajar SMIH membuat ulasan berhubung aspek keselamatan elektrik di asrama banin SMIH. PIBG akan membawa isu ini kepada pihak sekolah dan penyelaras OSH PPH.

3. CADANGAN PEMBANGUNAN BANGUNAN SEKOLAH: Seorang waris pelajar mencadangkan agar pihak sekolah menjalankan kajian kemungkinan untuk mendapat bantuan sumbangan kewangan dari pihak kerajaan/agansi kerajaan.

4. TUITION BAHASA ARAB: Tempat sudah dikenalpasti dan menunggu perkembangan dari PM Zakaria Mohd Yusof.

5. PROGRAM RIADAH HUJUNG MINGGU: Program akan dijalankan di Central Park TSPPerdana dan makluman akan dibuat melalui SMS InfoBlast bila penyelaras program bersedia.

Program perjumpaan Usrah Umum Lokaliti Pulai 1 Insya Allah akan diadakan 2 minggu sekali setiap Selasa selepas Isya'.

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua dan diseru penglibatan ibu bapa di dalam program PIBG lokaliti yang dijalankan.

Monday, January 25, 2010

Dua kalimah syahadat sebagai salah satu dasar Islam

Aqidah para ahli-sunnah terhadap Zat Allah Ta’ala yang Maha Suci, ialah bahawa Allah Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya. Dia Qadim (lama) tiada awal bagi wujudNya, dan WujudNya pula terus-menerus tiada akhir bagiNya. Dia Kekal tiada luput sama sekali, Dia tetap bersifat agung dan sifat keagunganNya akan berterusan, tiada akan musnah atau terputus dengan terluputnya berbagai-bagai abad, atau berlalunya bermacam-macam waktu.

Bahkan Dialah Allah yang Awal dan yang Akhir, yang Lahir dan yang Batin dan Dialah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tuhan Allah bukanlah semacam jisim (rupa) yang dapat digambarkan. Dia tiada menyamai apa pun yang maujud (ada), begitu pula yang maujud itu tiada boleh menyerupaiNya.

Dia tiada dilingkari oleh seluruh penjuru dan arah. Dia tiada pula bertempat, samada dalam lapisan-lapisan bumi atau langit, malah Dia beristiwa’ (memerintah) di atas Arasy mengikut keadaan yang Dia telah firmankan, atau dengan makna yang Dia kehendaki. Dia berada di atas Arasy dan langit, malah di atas segala sesuatu hingga ke batasan bumi. KetinggianNya tiada menjadikanNya lebih dekat kepada Arasy dan langit, sebagaimana semua itu juga tiada menambahkanNya jauh dari bumi dan tanah. Bahkan Allah tetap Maha Tinggi darjatNya dari Arasy dan langit, sebagaimana Dia juga maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah.

Baca lanjut di sini http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2009/04/02/kitab-aqidah-ahli-sunnah/


Sembahyang Berjamaah

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darjat.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (sembahyang berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka.

Dalam sebuah Hadis Marfu’ yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya:

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang Isya’ berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu.”

Berkata Muhammad bin Wasi:

Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:

Seorang saudara yang apabila saya membuat kesalahan, dia akan meluruskan (membetulkan) saya.

Makan dari rezeki yang halal.

Sembahyang dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan dituliskan bagiku pahala.

Al-Hasan pula berkata:

“Jangan kamu bersembahyang di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama.”

Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi sembahyang berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya.”

Diambil dari http://bimbinganmukmin.wordpress.com/

Tuesday, January 19, 2010

Perjumpaan ke 2 PIBG Hidayah Lokaliti Pulai 1


Alhamdulillah, pertemuan ke dua di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana sebagaimana dirancang berjalan pada 19 Jan 2010 dengan kehadiran beberapa orang ibu, bapa dan anak-anak. Beberapa perkara dibincangkan antara lain ialah menekankan penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan anak-anak. Majlis menginsafi pengorbanan dan kegigihan yang diserlahkan oleh para murabbi Hidayah. Kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai pelajar-pelajar Hidayah diakui juga oleh pakar motivasi nasional Dr Syukri yang menyanjung peranan yang telah dimainkan oleh para ustaz dan ustazah SRI & SMI Hidayah.
Ibu Bapa jika dapat berperanan meneruskan peranan sebagai murabi di rumah dan ketika cuti sekolah, Insya Allah anak-anak Hidayah akan lebih cemerlang. Keupayaan dan tuntutan ummah untuk melahirkan para pemimpin ummah masa hadapan sangat-sangat diharap-harapkan. Anak-anak Hidayah Insya Allah akan berupaya menjadi Pencetus, Penggerak dan Perobah di dalam masyarakat seandainya pengeblingan yang maksima dapat dilakukan bersama di antara para murabbi Hidayah dan Ibu bapa anak-anak. Inilah antara peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh PIBGHidayahLokaliti yang cuba dihidup dan digerrrrrakkan.

Menginsapi peluang penting yang boleh dilahirkan oleh para ibu bapa melalui persepakatan, perjumpaan, ukhuwwah dan keersamaan, di dalam perbincangan munggu ini beberapa perkara dirancang dan Insya Allah akan dilaksanakan di PIBGHidayah Pulai 1 iaitu:
a. Tuition Bahasa Arab untuk anak-anak. Tempat: Shop Appatment TSPP, Guru: Ust Azhari - PIC PM Sr Zakaria Mohd Yusof. Projek ini sangat penting kerana pencapaian B Arab yang belum membanggakan dan ketidakupayaan ibu apa membantu anak-anak. D'base anak-anak diperlukan untuk tujuan ini.
b. Pakej Riadah Keluarga Hujung Mnggu. Tempar: Central Park TSP - PIC En Mohd Za'i Kandar. Beberapa idea inovatif dibentangkan Mohd Za'i termasuk 'pot-luck breakfest' bersama kelaurga, senaman pagi, berbasikal, gotong royong dll.
c. Cadangan Projek Bus Stop - PIC PakAbu.
d. Sekretariat PIBGLokalitiPulai1 - MZin, MZa'i, Mohd Salehuddin, Nordin, PakAbu, Zakaira & RazaliNgah.
d. PIBGHidayahPulai1 e.group: Dr Nordin.
e. Coordinator Perhubungan: TSPP - MZa'i, SriPulai - Razali, Teratai - Zakaria.
f. Buku/kitab rujukan ialah Ihya' ulumuddin (Al-Ghazali) Tajuk tahaqquq (Bab 2) dan Pendidikan Anak-anak Dalam Islam Jilid 1 (Abdullah Nasih Ulwan).

Perumapaan pada dasarnya bersetuju di adakan di Masjid TSP Perdana. Pengerusi memaklumkan bahawa kini ada satu pelawaan untuk mengadakan program di salah sebuah rumah waris Hidayah dan akan diputus diperjumapan akan datang.


Monday, January 18, 2010

Penyusunan PIBG Lokaliti Pulai

Program PIBG Pulai sedang giat dijalankan. Ia melibatkan ibu-bapa yang tinggal di taman-taman sekitar Jalan Pontian. PIBG Pulai dibahagi kepada 4 penempatan iaitu; PULAI 1 [Tmn Sri Pulai, Tmn Teratai dan Tmn Sri Pulai Perdana] – Penyelaras ialah PM Dr Mohd Zin 013-4352539. PULAI 2 :Tmn Pulai Jaya dan Pulai Emas Penyelaras Dr Saiful Amri 013-7659821; PULAI 3 - Bandar Baru & Kg Melayu Kangkar Pulai Dr Wan Saridan/En Suhaimi:019-7777532; Kg Melayu Kangkar Pulai; dan PULAI 4 Tmn Pulai Indah – Penyelaras ialah Ust. Hairozi 019-7311344.

FAKTA NOMBOR

Bilangan Keluarga Sek Islam Hidayah Lokaliti Pulai 1;

Tmn Sri Pulai : 16

Tmn Teratai : 11

Tmn Sri Pulai Perdana : 36

Bilangan Pelajar Sek Islam Hidayah Lokaliti Pulai 1;

Tmn Sri Pulai, Tmn Teratai dan Tmn Sri Pulai Perdana : 98 pelajar