Wednesday, February 3, 2010

Ikrar Anak Di hadapan Ibu Bapa


Malam ni ketika saya sibuk di hadapan komputer, anak laki-laki saya datang membawa sebuah buku dan memohon saya mendengar ikrar. KU belek buku yang dibawa ... rupa-rupanya buku Konstruk SPPM (Sijil Pentaksiran Pelajar Musleh). Ikrar dibaca anak saya berbunyi ... "Bismillahirrahmanirrahim... Ibu bapa yang dikasihi... Saya faham dan insaf tentang kelebihan dan kelemahan diri saya, peranan serta tanggungjawab saya. Saya berikrar akan melaksanakan semua konstruk dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Oleh itu saya akan menjadi anak yang soleh, menghormati ibu bapa, membuat tugasan saya, menjadi pengawas, berdoa
untuk ibu bapa setiap hari (tulisan tangan) ... Ya Allah berilah aku kekuatan dan petunjuk untuk membaiki diriku ke arah yang lebih baik, wassalam."

T.tangan (Anak) dan Disaksikan oleh (Ayah).
Mulai malam ini, fahamlah saya bahawa anak-anak saya di SRIH akan mulai menjalani proses mengisi buku konstruk SPPM pada tahun ini. Sekali gus mereka sebenarnya sedang dididik dengan pelbagai kemahiran insaniah (soft skills) dan amalan-amalan seharian sebagai seorang ANAK MUSLIM. Solat, bacaan qur'an, mengemas bilik, berkomunikasi sesama keluarga ... sehinggalah menyidai tuala mandi... kesemuanya akan dinilai sebagai konstruk SPPM dan saya
akan memberi nilai mata (menanda) pada buku konstruk SPPM tersebut.
Bukan sekedar amalan yang harus datang dari kesedaran diri sendiri, jika anak-anak melakukan serta mengajak adik-beradik yang lain di dalam amalan di rumah, markah yag lebih tinggi akan diperolehi.

Inilah bentuk proses TARBIYAH yang diintegrasikan di dalam MANHAJ TARBIYAH SRIH.

Bagi saya inilah KEISTIMEWAAN dan KEUNIKAN menghantar anak-anak ke SRIH (dan rangkaian MUSLEH).

Alhamdulillah .... aku sedar, anak-anak laki-laki ku yang kini berumur 10 tahun itu telah MENCAPAI natijah hasil TARBIYAH di atas. Solat lima waktu bukan menjadi masalah lagi. Mereka tahu dan boleh melakukan tanpa disuruh lagi. Tentunya itulah hasil tarbiyah Hidayah semenjak umur mereka 7 tahun.

Peranan ku berusaha (dengan Izin Allah) mengawasi di rumah dan menjadi PELENGKAP kepada tarbiyah yang disediakan oleh Hidayah, memudahkan anak-anak menjadi anak-anak yang memiliki akhlak dan amalan Islam. Mudah-mudahan anak-anak ku akan terus Istiqamah. Mudah-mudahan semua anak-anak Hidayah juga berjaya di dalam menjadikan diri mereka para amilin dan pejuang kebenaran di bumi Allah ini.

No comments:

Post a Comment