
Saturday, March 6, 2010
Usrah Lokaliti Pulai 9 Mac 2010 (Selasa)

Thursday, February 25, 2010
Usrah Lokaliti Pulai 23 Feb Menarik
Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu berkata: “(Kedudukan) ulama berada di atas orang-orang yang beriman sampai 100 derajat, jarak antara satu derajat dengan yang lain seratus tahun.” (Tadzkiratus Sami’, hal. 27)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (bermaksud):
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapatkan kebaikan, maka Allah akan mengajarkannya ilmu agama.”
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: “Hadits ini menunjukkan, barangsiapa yang tidak dijadikan Allah faqih dalam agama-Nya, menunjukkan bahwa Allah tidak mengijinkan kepadanya kebaikan.” (Miftah Dar As-Sa’adah, 1/246)
“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu 'anhu)
"Mereka yang paling dekat dengan darjat kenabian ialah para ulama' dan para pejuang Allah. Adapun para ulama', disebabkan mereka telah bersungguh-sungguh menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para Rasul. Sedangkan para pejuang di jalan Allah, mereka telah berjihad menggunakan pedang-pedang mereka demi menegakkan apa yang dibawa oleh para Rasul (Hadith Sahih dalam kitab al-Mughni 'an Hamli al-Asfar).
Di dalam perbincangan, diketengahkan oleh ahli yang hadir bahawa Ulama' itu mesti mempunyai 4 sifat iaitu; (a) Memiliki Ilmu; (b) Menagmalkan Ilmu yang dimiliki; (c) Menyampaikan ilmu yang di miliki; (d) Mempertahankan ilmu tersebut.
.... Insya Allah perbincangan lanjut dalam topik yang menarik ini disambung pada 9 Mac 2010.
IMAN DAN KEHIDUPAN
Bahagian kedua perbincangan minggu ini dipetik dari buku karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk Iman dan Kehidupan (Al-Iman wal Hayyah)
Mengikut Dr Yusuf, Iman menurut pengertian yang sesungguhnya ialah suatu kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup,tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Jadi, iman itu BUKANLAH sekadar perbuatan semata-mata, dan bukan pula hanya merupkan pengetahuan tentang rukun iman.
.... Insya Allah perbincangan lanjut dalam topik yang menarik ini disambung pada 9 Mac 2010.
Monday, February 22, 2010
SPPM - Di sini uniknya sistem pendidikan Musleh
Jika ditanyakan apakah keunikan sistem pendidikan di Hidayah atau di sekolah-sekolah rangkaian Musleh di seluruh negara ? Kita harus tahu bahawa keunikkannya ialah adanya "Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH" (SPPM). SPPM adalah suatu sistem yang mentaksir pencapaian pelajar secara menyeluruh, meliputi semua aspek pembentukan insan sebagaimana yang tertera dalam Falsafah Pendidikan MUSLEH. Kenapa Musleh perlu membangunkan sistem SPPM itu ? Jawapannya ialah sistem pendidikan ini memerlukan 'outcomes' yang diharapkan dapat memenuhi hasrat kenapa sekolah-sekolah dibawah rangkaian Musleh itu di wujudkan.... tentunya untuk melahirkan pelajar soleh/solehah wa-musleh.
.... bacaan lanjut sila layari di SINI. |
Monday, February 15, 2010
Keutamaan Ilmu dan Belajar
Wednesday, February 3, 2010
Ikrar Anak Di hadapan Ibu Bapa
Pengemblingan Guru & Ibu Bapa Di Dalam Mendidik Anak
Itu baru satu masalah negara, apa pula masalah-masalah lain seperti juvana, gejala sosial, kemaksiatan dan lain-lain – kesemuanya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan wang ringgit, tetapi curahan tenaga penguatkuasa dan prasarana berbilion ringgit pula.
Menu
rut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.
Bagi memastikan sesaorang itu baik dan soleh, sebenarnya bermula dengan keimanan sesaorang individu. Semenjak Nabi Ibrahim lagi, hal ini telah menjadi keperihatinan sebagaimana tertera di dalam do’a Nabi Ibrahim. Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk daripada golonganku, dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Ibrahim:35-36).
Pada ibu bapa yang diberi hidayah dan kesedaran serta peluang memasukan anak-anaknya ke sekolah-sekolah Islam, mereka akan mengambil peluang keemasan tersebut dan sangup mengorbankan sebahagian rezekinya untuk membayar yuran pendidikan di sekolah Islam swasta walaupun mempunyai pilihan untuk mendapatkan pendidikan di
sekolah kerajaan yang boleh dikatakan percuma. Ibu bapa tersebut tentunya menyedari hadith Rasulullah dan berusaha untuk memastikan anak-anak menjadi anak yang bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya); “Kanak-kanak itu dilahirkan suci murni, maka ibu dan ayahnyalah yang akan menjadikan ia Nssrani, Yahudi atau Majusi ataupun seorang yang tidak berpegang kepada sebarang agama hingga dia tidak yakin dan percaya akan wujudnya Tuhan itu”
Di sekolah yang mengutamakan dan menjadikan asas pendidikan Islam sebagai tunggak pendidikan, aspek keberkesanan pendidikan (tarbiyah) tidak dikompromikan walaupun disamping itu pelajaran akademik turut diajar. Sekolah Islam sebegini berpegang kepada Firman Allah (maksudnya); “Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari mengerjakan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa engkau. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah”. (Surah Luqman:17)
Kepada ibu bapa yang memilih sekolah Islam sebagaimana sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH di Malaysia (sebagai contoh), mereka sedar akan sabda Rasulullah SAW (maksudnya); “Satu dirham yang anda belanjakan di jalan Allah dan satu dirham yang anda keluarkan kepada kenderaan anda; dan satu dirham yang anda nafkahkan kepada anak-anak anda; antara semuanya itu sebaik-baik dirham itu ialah apa yang anda nafkahkan kepada anak anda.” (Maksud Hadith)

Pendidikan Islam anak-anak diperingkat rendah dan menengah sesungguhnya bukan suatu ‘pilihan’ sebaliknya ia adalah Amanah dan Kewajipan yang perlu ditunaikan oleh ibu bapa. Bayaran yuran dan keperluan memasukkan anak-anak di sekolah Islam swasta sememang memerlukan bayaran yang agak tinggi (namun tidaklah setinggi sekolah swasta lain). Tetapi jika kita meneliti pengorbanan ini di dalam perspektif perjuangan dan tanggungjawab ayah ibu, ia sebenarnya adalah pelaburan yang sangat tepat dan terpuji.
Kejayaan pendidikan anak-anak melalui pendekatan ini tidak cukup sekedar usaha disekolah dan para murabinya, tetapi perlu juga pengemblingan dan kerjasama ibu bapa sendiri. Tidak mungkin tercapai misi melahirkan anak-anak soleh/solehah jika di sekolah dididik dengan baik, tetapi di rumah anak-anak terbiar dan tidak mendapat bimbingan sebaiknya.
Ibu bapa mempunyai peranan ketika lepas sekolah dan di hujung minggu. Pendidikan di sekolah perlu di sambut oleh ibu bapa. Jika di sekolah ada kualiti Murabbi dikalangan guru-guru, di rumah pula ibu bapa perlu memiliki ciri-ciri pendidik (murabbi). Ibu bapa perlu menjadi qudwah (contoh) kepada anak-anak di dalam pecakapan, amalan dan akhlak.
Untuk itu, ibu bapa juga perlu memperolehi pengisian fikrah Islamiah (kefahaman Islam) yang sempurna. Sejajar dengan tuntutan yang semakin besar, ibu bapa perlu memahami konsep-konsep Islam yang mantap dan mendidik diri untuk meningkatkan kualiti iman dan amal yang sempurna agar dapat diikuti anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Kita sebenarnya adalah pendokong dan pemangkin kepada bakal lahirnya generasi baru seumpama ‘Umar Abdul Aziz’, ‘Salahuddin al-Ayubi’ dan ‘Hassan Al-Banna’ Insya Allah. Jika itu menjadi niat kita, sesungguhnya nilaian pengorbanan ini di sisi Allah sangatlah besar berbanding wang yang kita belanjakan untuk pendidikan anak-anak kita itu yang sebenarnya juga adalah datangnya dari Allah dan merupakan amanah Allah untuk kita belanjakan ditempat yang terbaik.
Tuesday, February 2, 2010
Perjumpaan ke 3 PIBG Hidayah Lokaliti Pulai 1

Assalamualaikum
MATLAMAT SPPM