Monday, January 18, 2010

Perlukah Tempat Menunggu Bas ?


Di Tmn Sri Pulai Perdana, semua anak-anak Hidayah terpaksa berembun setiap pagi hendak ke sekolah. Jika hari hujan ... ibu bapa pun jadi penik. Di sepanjang lingkaran jalan utama TSPulai Perdana, tiada langsung tempat menunggu bas. Ia tidak disediakan pihak berwajib kerana mungkin tiada bas awam melalui jalan tersebut. Setiap pagi, Bas Iman Mutiara dan Bas Pak Atan berhenti di sekitar 6 hentian di Pulai Perdana den mengambil lebih 40 pelajar. Seorang penduduk tempatan yang perihatin dan kesian menyatakan kepada seorang waris pelajar ... "mengapa tak diusahakan bangku untuk anak-anak tu ... kesian tengok kadang-kadang mereka duduk di gigi jalan menunggu bas sekolah..."
Perlukah ibu bapa Lokaliti Pulai mengadakan tempat menunggu bas berbumbung ? ... jom ke program PIBG lokaliti ... dan bincang bersama.

No comments:

Post a Comment