Saturday, March 27, 2010
Bertambah Meriah di PIBG Lokaliti Pulai1
Thursday, March 18, 2010
HIDAYAH CEMERLANG ..!!
Terharu dan gembira di atas pencapaianmu oh Hidayah... Lega dihati para MURABBI yang tak jemu berusaha dan meminta pada Ilahi. Jom ayah Ibu, anak-anak dan para guru... raikan kejayaan Hidayah ini dengan Syukur, Zikir dan Mohon Keampunan dari Ilahi Rabbul Izzati (An-Nasr 1-3).
Perjalanan kita masih jauh. Ramai lagi ummat masih berada jauh dari cahaya Ilahi .... masih leka dan asyik dengan duniawi yang cuma secebis.
Jadikan kejayaanmu hai anak... untuk mengabdi pada Ilahi .... Mempersiap diri terus memperkasa misi ...mencapai visi. Menyelamat ummah agar mereka kembali mengabdi pada Ilahi.
10 teratas, Sekolah-sekolah di Daerah Johor Bahru (GPS)
1. Sekolah Tun Fatimah, STF 1.29 (no. 4 peringkat kebangsaan)
2. SMK Infant Jesus Convent 1.40 (no. 9 peringkat kebangsaan)
3. SMK Sultan Ismail, SIS 2.21
4. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24
5. SMK Mohd Khalid (20 pelajar) 2.35
6. SM Teknik J.B. 2.65
7. SMK(P) Sultan Ibrahim, SIGS 2.72
8. SMKA Johor Bahru 2.94
9. Maktab Sultan Abu Bakar, EC 3.71
10.SMV Azizah 3.72
5 teratas, Sekolah-sekolah Agama Negeri JOHOR. (Nilai GPS)
1. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24
2. SMKA Maahad, Muar. 2.88
3. SMKA Johor Bahru 2.94
4. SMKA Segamat 3.16
5. SMKA Kerajaan Johor, Kluang 3.38
Jazakumullahukhairan ... semua MURABBI. Jom ibu bapa terus perkasakan Hidayah. Terus kecimpungkan diri pada aktiviti PIBG. Demi mencapai Misi Yang Suci. Bukan Duniawi Yang Kurang Bererti.
Monday, March 15, 2010
Riadah PIBG Hidayah Lokaliti di Central Park Pulai Perdana
Wednesday, March 10, 2010
Riadah & Pot-luck Ahad ini di Central Park Pulai Perdana
Tuesday, March 9, 2010
Asas Pendidikan Luqman Al-Hakim (Usrah Lokaliti Pulai 1: 9/3/2010)
Asas pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah asas Aqidah iaitu agar jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!
Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!
Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!
Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud: "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."
Asas ke dua (2) di dalam pendidikan Luqman ialah asas Ibadah. Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul). Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat /
bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud: "Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. B
ersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"
Luqman juga menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya di dengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan. Diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"
Begitu juga melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan besederhanalah dalam berjalan"
(rujukan juga dibuat di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/wasiatluqman.htm)
PENYANPAIAN 2: ...dari Buku Ringkasan Ihya' ulumuddin, iaitu sambungan perjumpaan yang lalu. Membincangkan bahawa kepentingan kita menuntut dan memiliki ilmu, khususnya ilmu Islam. Diumpamakan seperti seorang yang sakit dan ditegah makan, minum dan memakan ubat akan memberi kesan buruk dan boleh memudaratkan orang itu. Begitu juga dengan ilmu, ia adalah makan bagi hati kita. Tanpa ilmu, hati kita akan sakit dan boleh mati. Sabda Rasulullah saw: "Manusia itu memiliki sifat mudah terlena, manakala ajal (kematian) telah mendatanginya, maka barulah ia menyedarinya" (Hadith Riwayat Abu Nu'aim).
Mengenai kebaikkan datang dan berkumpul untuk menuntut ilmu, Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya para malaikat bersama-sama merebahkan sayapnya kepada penuntut ilmu, kerana ridha terhadap apa yang dilakukannya" (Hadith Sahih Riwayat tarmidzi, Ibn Majah dll). ... (insya Allah bersambung dlm perjumpaan 2 minggu akan datang)
PERBINCANGAN: Beberapa perkara dikemukan para bapa yang hadir dan dibincangkan bersama. Antaranya ialah "Kemenangan Pasukan Bola Sepak SMIH". Tahniah kepada para murabbi, pembimbing,
jurulatih dan semua murid yang terlibat. Ibu bapa yang hadir begitu syahdu dan bersyukur kerana akhlak anak-anak yang dipamerkan di atas padang. Memulakan permainan dengan do'a dan bermain bersungguh-sunguh kerana Allah dan bermain dengan konsep "amal jama'i". Kemudian secara sepontan bersujud syukur apabila dapat memasukkan bola di gol lawan. Tentunya ianya adlah hasil tarbiyah yang anak-anak lalui di Hidayah disamping bimb
ingan ibu bapa. Bapa yang hadir menyatakan bahawa itu adalah suatu bentuk dakwah kepada masyarakat di padang permainan.
Tahniah juga kerana melaksanakan tradisi pejuang Islam kepada pasukan bola sepak SMIH yang mengadakan QIYAM di malam sebelum perlawanan. Itulah tradisi/budaya Islam yang diamalkan para tentera Islam sehingga Islam tersebar dengan pertolongan Allah. Bukan senang sebenarnya Allah nak beri kemenagan kepada pasukan SMIH kerana dalam pasukan lawan, terdapat beberapa pemain negeri dan ada yang di tingkatan enam (berpengalaman). Alhamdulillah ... Allahu akbar...! [Gambar Jurulatih, Guru Pembimbing & beberapa pemain SMIH sebelum permanan bermula]
Saturday, March 6, 2010
Usrah Lokaliti Pulai 9 Mac 2010 (Selasa)
