Thursday, February 25, 2010

Usrah Lokaliti Pulai 23 Feb Menarik

Pengisian Pertama: Keutamaan Ilmu & Belajar (Ihya' Ulumuddin).
Tajuk ini mengenengahkan sedutan dari ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW mengenai ketinggian ilmu dan ulama'-ulama' dalam Islam.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (bermaksud): "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat" (Al-Mujadalah:11)

Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu berkata: “(Kedudukan) ulama berada di atas orang-orang yang beriman sampai 100 derajat, jarak antara satu derajat dengan yang lain seratus tahun.” (Tadzkiratus Sami’, hal. 27)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (bermaksud): “Katakan (wahai Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapatkan kebaikan, maka Allah akan mengajarkannya ilmu agama.”

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: “Hadits ini menunjukkan, barangsiapa yang tidak dijadikan Allah faqih dalam agama-Nya, menunjukkan bahwa Allah tidak mengijinkan kepadanya kebaikan.” (Miftah Dar As-Sa’adah, 1/246)

“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu 'anhu)

"Mereka yang paling dekat dengan darjat kenabian ialah para ulama' dan para pejuang Allah. Adapun para ulama', disebabkan mereka telah bersungguh-sungguh menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para Rasul. Sedangkan para pejuang di jalan Allah, mereka telah berjihad menggunakan pedang-pedang mereka demi menegakkan apa yang dibawa oleh para Rasul (Hadith Sahih dalam kitab al-Mughni 'an Hamli al-Asfar).

Di dalam perbincangan, diketengahkan oleh ahli yang hadir bahawa Ulama' itu mesti mempunyai 4 sifat iaitu; (a) Memiliki Ilmu; (b) Menagmalkan Ilmu yang dimiliki; (c) Menyampaikan ilmu yang di miliki; (d) Mempertahankan ilmu tersebut.

.... Insya Allah perbincangan lanjut dalam topik yang menarik ini disambung pada 9 Mac 2010.


IMAN DAN KEHIDUPAN

Bahagian kedua perbincangan minggu ini dipetik dari buku karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk Iman dan Kehidupan (Al-Iman wal Hayyah)

Mengikut Dr Yusuf, Iman menurut pengertian yang sesungguhnya ialah suatu kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup,tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Jadi, iman itu BUKANLAH sekadar perbuatan semata-mata, dan bukan pula hanya merupkan pengetahuan tentang rukun iman.

Menurut Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi: Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan lidahnya, bahawa dia orang beriman (mukmin), kerana banyak orang-orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedang hatinya tidak percaya, sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah SWT;

"Dan diantara manusia itu ada yang mengatakan, "kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, sedang yang sebenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yang beriman, tetapi yang sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar." (Al-Baqarah: 8-9)

Iman itu bukan pula semata-mata mengerjakan amal dan syi'ar yang biasa dikerjakan oleh orang-orang beriman seperti Solat Jumaat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji, kerana banyak penipu-penipu besar yang pada lahirnya mengerjakan perbuatan yang soleh dan melakukan ibadat, sedangkan dalam hati mereka sebenarnya kosong dari pengikhlasan kepada Allah SWT, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah SWT;

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah, dan Allah menipu mereka. Apabila mereka berdiri mengerjakan sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka ria (mengambil muka) kepada manusia dan tiada mengingati Allah, melainkan sedikit sekali." (An-Nisa': 142)

Bukan pula iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana ramai orang yang mengetahui hakikat iman itu, padahal mereka tidak beriman, sepertimana golongan-golongan bijak dari Barat, yang mana mereka mengkaji tentang Islam dan Iman, tetapi hati mereka masih tidak beriman kepada Allah. Firman Allah SWT;

"Mereka menyangkal (membantah) keterangan-keterangan (agama) Allah kerana dengki dan sombong, padahal hati mereka sendiri meyakininya." (An-Naml: 14)

Maka diperlukan keimanan itu dapat diterima akal sampai kepada tingkat keyakinan yang teguh kuat tidak digoncangkan bimbang dan ragu, sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah SWT;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang beriman (percaya) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu." (Al-Hujurat: 15)

.... Insya Allah perbincangan lanjut dalam topik yang menarik ini disambung pada 9 Mac 2010.


Monday, February 22, 2010

SPPM - Di sini uniknya sistem pendidikan Musleh



Jika ditanyakan apakah keunikan sistem pendidikan di Hidayah atau di sekolah-sekolah rangkaian Musleh di seluruh negara ?

Kita harus tahu bahawa keunikkannya ialah adanya "Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH" (SPPM). SPPM adalah suatu sistem yang mentaksir pencapaian pelajar secara menyeluruh, meliputi semua aspek pembentukan insan sebagaimana yang tertera dalam Falsafah Pendidikan MUSLEH.

Kenapa Musleh perlu membangunkan sistem SPPM itu ? Jawapannya ialah sistem pendidikan ini memerlukan 'outcomes' yang diharapkan dapat memenuhi hasrat kenapa sekolah-sekolah dibawah rangkaian Musleh itu di wujudkan.... tentunya untuk melahirkan pelajar soleh/solehah wa-musleh.

MATLAMAT SPPM

Matlamat pelaksanaan SPPM adalah untuk membolehkan pelajar menghayati sepenuhnya hasrat dan maksud setiap konstruk sebagai amalan harian tanpa pengawasan.

SPPM digubal supaya dapat :

2.1. Mengukur tahap pencapaian pelajar.
2.2. Mengenal pasti sebab-sebab pelajar tidak mencapai tahap yang lebih baik.
2.3. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu pelajar mencapai piawai kriteria/ciri.
2.4. Mengukur usaha dan inisiatif pelajar (selain daripada pencapaian).
2.5. Mengenal pasti potensi pelajar.
2.6. Memberikan motivasi kepada pelajar menerusi maklumbalas perkembangan diri mereka dalam mencapai piawai kriteria/ciri.
2.7. Memudahcara proses pencapaian piawai kriteria/ciri pada kadar yang lebih cepat, lengkap dan menyeluruh.

.... bacaan lanjut sila layari di SINI.

Monday, February 15, 2010

Keutamaan Ilmu dan Belajar

Di dalam AL-Qur'an terdapat beberapa dalil mengenai keutaman ilmu. Antara lain firman Allah Ta'ala, (maksudnya)
"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat" (Al-Mujadalah: 11)

Ibnu Abbas r.a. pernah mengatakan "para ulama' itu memiliki sebanyak 700 tingkatan di atas darjat orang-orang mukmin di mana jarak antara darjat pertama dengan yang ke dua sejauh perjalanan 500 tahun.

Allah Ta'ala berfirman (maksudnya): "Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahuai dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?" (Az-Zumar:9).



... dipetik dari Ringkasan Ihya' - Ulumuddin Imam Ghazali, Penerbit Akbar, Jakarta Timur)

Wednesday, February 3, 2010

Ikrar Anak Di hadapan Ibu Bapa


Malam ni ketika saya sibuk di hadapan komputer, anak laki-laki saya datang membawa sebuah buku dan memohon saya mendengar ikrar. KU belek buku yang dibawa ... rupa-rupanya buku Konstruk SPPM (Sijil Pentaksiran Pelajar Musleh). Ikrar dibaca anak saya berbunyi ... "Bismillahirrahmanirrahim... Ibu bapa yang dikasihi... Saya faham dan insaf tentang kelebihan dan kelemahan diri saya, peranan serta tanggungjawab saya. Saya berikrar akan melaksanakan semua konstruk dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Oleh itu saya akan menjadi anak yang soleh, menghormati ibu bapa, membuat tugasan saya, menjadi pengawas, berdoa
untuk ibu bapa setiap hari (tulisan tangan) ... Ya Allah berilah aku kekuatan dan petunjuk untuk membaiki diriku ke arah yang lebih baik, wassalam."

T.tangan (Anak) dan Disaksikan oleh (Ayah).
Mulai malam ini, fahamlah saya bahawa anak-anak saya di SRIH akan mulai menjalani proses mengisi buku konstruk SPPM pada tahun ini. Sekali gus mereka sebenarnya sedang dididik dengan pelbagai kemahiran insaniah (soft skills) dan amalan-amalan seharian sebagai seorang ANAK MUSLIM. Solat, bacaan qur'an, mengemas bilik, berkomunikasi sesama keluarga ... sehinggalah menyidai tuala mandi... kesemuanya akan dinilai sebagai konstruk SPPM dan saya
akan memberi nilai mata (menanda) pada buku konstruk SPPM tersebut.
Bukan sekedar amalan yang harus datang dari kesedaran diri sendiri, jika anak-anak melakukan serta mengajak adik-beradik yang lain di dalam amalan di rumah, markah yag lebih tinggi akan diperolehi.

Inilah bentuk proses TARBIYAH yang diintegrasikan di dalam MANHAJ TARBIYAH SRIH.

Bagi saya inilah KEISTIMEWAAN dan KEUNIKAN menghantar anak-anak ke SRIH (dan rangkaian MUSLEH).

Alhamdulillah .... aku sedar, anak-anak laki-laki ku yang kini berumur 10 tahun itu telah MENCAPAI natijah hasil TARBIYAH di atas. Solat lima waktu bukan menjadi masalah lagi. Mereka tahu dan boleh melakukan tanpa disuruh lagi. Tentunya itulah hasil tarbiyah Hidayah semenjak umur mereka 7 tahun.

Peranan ku berusaha (dengan Izin Allah) mengawasi di rumah dan menjadi PELENGKAP kepada tarbiyah yang disediakan oleh Hidayah, memudahkan anak-anak menjadi anak-anak yang memiliki akhlak dan amalan Islam. Mudah-mudahan anak-anak ku akan terus Istiqamah. Mudah-mudahan semua anak-anak Hidayah juga berjaya di dalam menjadikan diri mereka para amilin dan pejuang kebenaran di bumi Allah ini.

Pengemblingan Guru & Ibu Bapa Di Dalam Mendidik Anak

Di peringkat Negara, pendidikan generasi muda sering mendapat perhatian dan peruntukan yang besar. Itu adalah kerana jika kepincangan dikalangan generasi muda berlaku, ianya akan melibatkan masalah kepada negara dan kos yang sangat besar pula diperukan untuk memperbaiki keadaan dan mengatasi masalah. Umpamanya masalah penagihan dadah di Malaysia kini dilaporkan terpaksa membelanjakan sejumlah RM1.3 bilion bagi tujuan menangani masalah dadah walaupun kerajaan dinyatakan masih gagal dalam usaha menanganinya (rujuk di sini).

Itu baru satu masalah negara, apa pula masalah-masalah lain seperti juvana, gejala sosial, kemaksiatan dan lain-lain – kesemuanya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan wang ringgit, tetapi curahan tenaga penguatkuasa dan prasarana berbilion ringgit pula.

Menu

rut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Bagi memastikan sesaorang itu baik dan soleh, sebenarnya bermula dengan keimanan sesaorang individu. Semenjak Nabi Ibrahim lagi, hal ini telah menjadi keperihatinan sebagaimana tertera di dalam do’a Nabi Ibrahim. Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk daripada golonganku, dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Ibrahim:35-36).

Pada ibu bapa yang diberi hidayah dan kesedaran serta peluang memasukan anak-anaknya ke sekolah-sekolah Islam, mereka akan mengambil peluang keemasan tersebut dan sangup mengorbankan sebahagian rezekinya untuk membayar yuran pendidikan di sekolah Islam swasta walaupun mempunyai pilihan untuk mendapatkan pendidikan di

sekolah kerajaan yang boleh dikatakan percuma. Ibu bapa tersebut tentunya menyedari hadith Rasulullah dan berusaha untuk memastikan anak-anak menjadi anak yang bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya); “Kanak-kanak itu dilahirkan suci murni, maka ibu dan ayahnyalah yang akan menjadikan ia Nssrani, Yahudi atau Majusi ataupun seorang yang tidak berpegang kepada sebarang agama hingga dia tidak yakin dan percaya akan wujudnya Tuhan itu”

Di sekolah yang mengutamakan dan menjadikan asas pendidikan Islam sebagai tunggak pendidikan, aspek keberkesanan pendidikan (tarbiyah) tidak dikompromikan walaupun disamping itu pelajaran akademik turut diajar. Sekolah Islam sebegini berpegang kepada Firman Allah (maksudnya); “Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari mengerjakan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa engkau. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah”. (Surah Luqman:17)

Kepada ibu bapa yang memilih sekolah Islam sebagaimana sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH di Malaysia (sebagai contoh), mereka sedar akan sabda Rasulullah SAW (maksudnya); “Satu dirham yang anda belanjakan di jalan Allah dan satu dirham yang anda keluarkan kepada kenderaan anda; dan satu dirham yang anda nafkahkan kepada anak-anak anda; antara semuanya itu sebaik-baik dirham itu ialah apa yang anda nafkahkan kepada anak anda.” (Maksud Hadith)

Pendidikan Islam anak-anak diperingkat rendah dan menengah sesungguhnya bukan suatu ‘pilihan’ sebaliknya ia adalah Amanah dan Kewajipan yang perlu ditunaikan oleh ibu bapa. Bayaran yuran dan keperluan memasukkan anak-anak di sekolah Islam swasta sememang memerlukan bayaran yang agak tinggi (namun tidaklah setinggi sekolah swasta lain). Tetapi jika kita meneliti pengorbanan ini di dalam perspektif perjuangan dan tanggungjawab ayah ibu, ia sebenarnya adalah pelaburan yang sangat tepat dan terpuji.

Kejayaan pendidikan anak-anak melalui pendekatan ini tidak cukup sekedar usaha disekolah dan para murabinya, tetapi perlu juga pengemblingan dan kerjasama ibu bapa sendiri. Tidak mungkin tercapai misi melahirkan anak-anak soleh/solehah jika di sekolah dididik dengan baik, tetapi di rumah anak-anak terbiar dan tidak mendapat bimbingan sebaiknya.

Ibu bapa mempunyai peranan ketika lepas sekolah dan di hujung minggu. Pendidikan di sekolah perlu di sambut oleh ibu bapa. Jika di sekolah ada kualiti Murabbi dikalangan guru-guru, di rumah pula ibu bapa perlu memiliki ciri-ciri pendidik (murabbi). Ibu bapa perlu menjadi qudwah (contoh) kepada anak-anak di dalam pecakapan, amalan dan akhlak.

Untuk itu, ibu bapa juga perlu memperolehi pengisian fikrah Islamiah (kefahaman Islam) yang sempurna. Sejajar dengan tuntutan yang semakin besar, ibu bapa perlu memahami konsep-konsep Islam yang mantap dan mendidik diri untuk meningkatkan kualiti iman dan amal yang sempurna agar dapat diikuti anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Kita sebenarnya adalah pendokong dan pemangkin kepada bakal lahirnya generasi baru seumpama ‘Umar Abdul Aziz’, ‘Salahuddin al-Ayubi’ dan ‘Hassan Al-Banna’ Insya Allah. Jika itu menjadi niat kita, sesungguhnya nilaian pengorbanan ini di sisi Allah sangatlah besar berbanding wang yang kita belanjakan untuk pendidikan anak-anak kita itu yang sebenarnya juga adalah datangnya dari Allah dan merupakan amanah Allah untuk kita belanjakan ditempat yang terbaik.

Tuesday, February 2, 2010

Perjumpaan ke 3 PIBG Hidayah Lokaliti Pulai 1



Assalamualaikum
Alhamdulillah, semalam, 2 Feb 2010 berlangsung perjumpaan ke 3 di masjid Tmn Sri Pulai Perdana. Makluman perjumapan ini telah diusahakan melalui sebaran e.mail mengunakan sistem infoblast tmnet kepada ibu bapa yang tinggal di T Sri Pulai, T Teratai dan T Sri Pulai Perdana.

Perbincangan perjumpaan minggu ini bertambah rancak selepas muqaddimah pengerusi, antaranya:-

1. PROJEK HENTIAN BAS TSPulaiPerdana: Untuk menampung keperluan pelajar menaiki bas di waktu pagi. Tiga lokasi perlu dikenalpasti dan bajet diperlukan sekitar RM10,000.00 Kini sumbangan RM2,500.00 sudah diperolehi dan perbincangan dengan MPJBT akan diusahakan. Tindakan lanjut diketuai oleh Pak Abu.

2. CADANGAN BERHUBUNGAN KEMUDAHAN/KESELAMATAN DI ASRAMA PELAJAR SMIH: Seorang waris pelajar SMIH membuat ulasan berhubung aspek keselamatan elektrik di asrama banin SMIH. PIBG akan membawa isu ini kepada pihak sekolah dan penyelaras OSH PPH.

3. CADANGAN PEMBANGUNAN BANGUNAN SEKOLAH: Seorang waris pelajar mencadangkan agar pihak sekolah menjalankan kajian kemungkinan untuk mendapat bantuan sumbangan kewangan dari pihak kerajaan/agansi kerajaan.

4. TUITION BAHASA ARAB: Tempat sudah dikenalpasti dan menunggu perkembangan dari PM Zakaria Mohd Yusof.

5. PROGRAM RIADAH HUJUNG MINGGU: Program akan dijalankan di Central Park TSPPerdana dan makluman akan dibuat melalui SMS InfoBlast bila penyelaras program bersedia.

Program perjumpaan Usrah Umum Lokaliti Pulai 1 Insya Allah akan diadakan 2 minggu sekali setiap Selasa selepas Isya'.

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua dan diseru penglibatan ibu bapa di dalam program PIBG lokaliti yang dijalankan.